pengikut-pengikut

Monday, October 14, 2013

masa itu


masa datang dan pergi
tanpa kita sedar masa membawa kita meninggalkan hari semalam
dan melangkah menuju hari esok dan seterusnya


masa datang dan pergi
tanpa kita sedar masa telah mengukir nostalgia silam
dan melukis kenangan baru


masa datang dan pergi
tanpa kita sedar kita bertemu
dan berpisah


masa datang dan pergi
tanpa kita sedar kita semakin tua di amah usia
dan semakin terleka ditelan arus zaman


kerana masa datang dan pergi
kita semakin dewasa membuat keputusan
semakin berani melawan cabaran
dan semakin kuat menempuh dugaan


dan masa itu datang dan pergi
membuat kita menghitung hari



by : cik cie ^_^

2 comments:

tiada kata secantik bahasa...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...