pengikut-pengikut

Sunday, August 31, 2014

kata tentang merdeka

hehehehe..

ni kes tak boleh tido aa ni,
tu yang sakan tgn nak menaip, woohoooo!!!
sakan, sakan juga- tapi nak naip apa pon xtahu. xda motif kot..ohohoho

eh-
harini kan hari merdeka--
kita cita pasal merdeka jela. opss! merdeka? cerita?
ehehehe...bukan nak cerita, tapi nak kongsi kata2. wuuuu~ konon terror aa berkata..
woooo..bukan nak cakap terror ke hape. alaaa tulis taip je pon. klu xsuka pergi "mampos" x apa. (bahasa kasaq weyh) - adik2 jgn ikot ye. ngahahaha

ni dia katakataku hanya kata..

MERDEKA??
ah, kalau engkau tak tahu erti dia-
lebih baik kau berkurung saja,

ohohoi!
cukup aa bg sikit.
habis kome nak banyak mana? dah bendenye memang pendik gitu.(gaya mara) ngahahaha bajet je. dok maroh pom. mlawok ja. wakakakakaka..

eheh.. maggie gua dah kembang,
nak pi melantak jap,
ok byeeeee~

Saturday, August 16, 2014

Berita cinta

by : shahira shaharuddin

Berita pagi ini—
Kisah dua jejaka tampan.
Dikhabarkan masih solo tak berteman.

Berita tengahari itu—
Kisah dua jejaka tampan.
Rupa hensem menawan.
Menjadi perhatian setiap perempuan.
Ntah kenapa masih sendirian?

Berita malam tadi—
Kisah dua jejaka tampan.
Seorang setia menanti teman.
Seorang lagi berharap pada tuhan.

Berita tengah malam tadi—
Kisah dua jejaka tampan.
Yang menanti teman masih sendirian.
Yang berharap pada tuhan—
Bahagia bersama wanita impian.



Monday, April 21, 2014

tentang perasaan

aku tak tahu la nak mula macam mana untuk entri kali ni. tapi disebabkan ada kekacauan emosi dan perasaan, aku rasa aku kena cari tahu apa sebenarnya yang aku kena tahu. jadi ni apa yang aku dpt cari la.

kita sebagai manusia ada macam2 perasaan. eg: suka, sayang, cinta dan byk lagi. ni antara definasi perasaan yang kita ada.

first skali suka
suka akan sesuatu ibarat seperti bila kita jumpa beg lawa, kasut 'kiut' apa saja yang bisa buat kita tertarik.
macam dlm situasi ni

GADIS A : kenapa kau suka dia?
GADIS B : sb dia hensem, kacak

cuba klu kita tgk benda yang tak kiut tak lawa tak hensem, ada dak kita nak tengok lama2? ada dak kita nak beli? nak ushar sampai terkeluar biji mata?. macam tu la perasaan suka (^_^)

tapi kalau SAYANG..

sayang ni macam hampa ada satu benda yang hampa jaga. macam situasi ni

GADIS A : baju tu dah buruk kot. buang je la..
GADIS B : walaupun dia buruk tp ni arwah abang bagi.

macam hampa punya laptop la. hampa nak bagi tak kat orang kalau dlm tu suma ada rahsia hampa? mesti la tak kan? beli sikit punya mahal tetibe nak bagi kat orang. nak pulak, tu satu2 nya laptop hampa ada. dah la tu la satu2 nya sumber hampa nak stalker orang hampa suka. takkan la tak sayang ye dak?

yang terakhir CINTA..

yang ni memang ada yang byk jd bodoh sebab cinta. memang la definasi cinta tu sendiri adalah kesanggupan seseorang itu untuk melakukan apa saja demi cinta tapi takda la sampai nk terjun bangunan tingkat sepuluh sb cinta kena tolak. tolong faham maksud cinta tu sendiri. sebagai contoh ikot apa yang aku baca dari laman sesawang lain maksud cinta tu sendiri :

"Kesanggupan diri untuk buat apa sahaja demi mendapatkan cinta. Menyerahkan diri terhadap apa yang dicinta. Contoh, cinta kepada Maha Pencipta akan menyerahkan diri dan menjadikan diri turut apa sahaja yang perintahkan-Nya." - http://afalihi.blogspot.com

"Cinta juga membawa suatu perasaan yang mendalam terhadap si dia dan kalau boleh mahu hidup semati bersama dengannya." - http://pakarcinta.com

"Cinta itu suci, mahal dan tinggi tarafnya. Sifat cinta itu sempurna. Jika tidak, cinta akan cacat. Itulah cinta sebenar cinta." -http://www.tentangcinta.com

"Menurut Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah dalam bukunya yang bertajuk ‘Cinta dan Rindu Menurut Al-Quran dan As-Sunnah’, beliau menyatakan bahawa pengertian cinta amatlah luas dan mendalam kerana ia berkait rapat dengan hati manusia. Di dalam Islam, cinta terbahagi kepada tiga bahagian. Pertama, cinta kepada Allah dan Rasul, kedua cinta kepada sesama manusia dan makhluk lain dan ketiga, cinta kepada diri sendiri. Melalui penerapan tiga bahagian cinta ini di dalam hati manusia, secara tidak langsung kita dapat mengatasi masalah sosial dan jenayah yang sering berlaku di dunia khususnya di negara kita, Malaysia.

Sesungguhnya, Rasulullah SAW ada menjelaskan bahawa salah satu dari ciri kesempurnaan iman seseorang adalah dia mencintai saudaranya melebihi cintanya pada dirinya sendiri. Daripada Anas bin Malik, Nabi SAW bersabda, “Tidaklah (sempurna) iman seseorang di antara kalian hingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri.” Maka, amat jelas melalui keterangan hadis Nabi SAW bahawa cinta kepada saudara kita sesama Islam harus diamal dan dijiwai dalam diri setiap individu yang bergelar Muslim. Kita tidak boleh menyakiti hati saudara-saudara kita dengan menggunakan jalan kehancuran dan kebinasaan seperti bercakap bohong, fitnah-menfitnah, mengaibkan saudara sendiri dan sebagainya. Tidaklah seseorang itu dianggap seorang Muslim yang sejati andai di dalam hatinya penuh dengan sifat mazmumah dan akhlak yang negatif.

Selain itu, cinta sesama Muslim seharusnya didasarkan kepada Allah Taala semata-mata. Daripada satu hadis yang driwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Nabi SAW bersabda, “Ada seorang mengunjungi saudaranya di desa lain, lalu Allah mengutus seorang malaikat untuk menemui orang itu. Ketika orang tersebut sampai di desa yang dituju, malaikat bertanya, “Mahu ke mana kamu?” Orang itu menjawab, “Aku mahu menjenguk saudaraku di desa ini.” Tanya malaikat selanjutnya, “Apakah dengan mengunjunginya kau memperoleh banyak keuntungan?” Orang itu menjawab, “Tidak, aku hanya mencintainya kerana Allah Azza wa Jalla.” Malaikat itu mengatakan, “Sesungguhnya aku adalah utusan Allah untuk memberitahukan kamu bahawa Allah menyenangimu sebagaimana kamu menyenangi saudaramu kerana Allah.”" -http://www.islamituindah.my

disebabkan hati aku sekarang tengah celaru dgn apa yang aku rasa, aku decide nk cari sesuatu untuk jawapan kepada hati aku jiwa aku rasa aku. setakat yang boleh aku kongsi. aku kongsikan tapi apa yang aku kongsi ni ni dtg dr perkongsian  insan2 sesawang lain. dan aku tak brani nak kata penulisan aku ni betul atau salah. jadi kalau hampa rasa ada yang salah atau yang kurang atau apa saja yang perlu di perbetulkan silalah tinggalkan komen2 yang dpt membantu aku untuk memahami lagi tentang perasaan sebagai seorang manusia. (^_^)v


yang menaip : cikgadis

Friday, April 18, 2014

cerita kawan si buaya tembaga

wuuuu~

nak start lagu mana pun xtahu la tp ni sekadar nk campak balik cerita lama y dah bersawang dlm otak. cerita tentang sorang kawan cik gadis y ditipu oleh buaya tembaga~

kalau dah suka mestilah suka kn? takkan nk benci pulak kan? tp yela kan kita senang je nk cakap kita suka orang, orang tu belum tentu senang nk ckp dia suka kita. klu dia ckp pun blom tentu dia mksudkan lagu tu.

pernah dak hampa rasa bodohnya aku pi habaq aku suka dia padahal dia biasa2 ja. (tepuk2 dahi) pernah dak hampa rasa menyesalnya pi habaq kat dia suma benda. (hentak kepala kat dinding) hahaha.
terlalu dengaq cakap orang sampai buat benda bodoh. idea slh sorg kwn la ni soh habaq kt "tembaga" tu yang dia suka kat tembaga tu padahal dia xda la gila suka sgt smpai nk pengsan klu jmpa. kwn aku ni dgn dungunya pi la habaq kat tembaga tu dia suka tembaga tu. hahahah lawak je bila ingat balik kwn aku cerita. yala masa tu pun tembaga tu ckp dia suka kwn aku tu ( maksud suka dia tu aku xtahu la kan) hahaha lawak beno cerita depa ni.

lepas tu kwn aku ni ada la keluaq ngn tembaga tu 2 3 kali camtu. tapi ni la 1st time kwn aku tu keluaq dgn lelaki. hahaha dungu gila -> hentak kepala lg.

aku rasa sb tu ramai perempuan hilang akal ikot je apa lelaki cakap sb dh "tersuka" (BODOH) hahaha.

yang boleh buat kwn aku tu tak suka tembaga tu sb tembaga tu PENIPU. ok xda bukti xblh ckp terus. tapi klu dah nmpak depan mata nk bukti apa g? klu dak denga dr kwn2 je psal tembaga tu. mula2 tu kwn ni pecaya dak pecaya dak je apa kami habaq. last2 dia nmpk sndiri. ceritanya xpyah pecaya org ckp pecaya sendiri tengok.


kawan aku cakap tembaga tu kata xda papa dgn gewe dia tu. tp lpas dia nmpak depa berkepit je dia pn apa lagi cari tahu la lepas tu. satu hari tu mmg kwn aku nmpk tembaga tu berdua dgn gewe dia "amboi duduk rapat habis". tp time tu kwn aku tu ckp " pi lantak hampa la, aku bukan suka kat hg dah"

"amboi cepat nya benci orang"aku tanya dia. kwn aku tu ckp "bukan kira cepat ke lambat tapi tak suka kena tipu. jd aku tak suka"

lepas tu kwn aku tu buat biasa jela klu jmpe tembaga tu kadang saja je buat tak nampak sb yela orang dah tak suka kan nak tengok buat apa...

kesian tgk kawan kena tipu dengan "buaya tembaga"

notagadis: jangan pecaya sgt dekat orang

Wednesday, April 16, 2014

jiwa dia

langit gelap hari mendung
tapi tak pula jatuh rintik air
angin kencang daun berselerak terbang
tapi tak pula datang ribut

Wednesday, March 26, 2014

nak dicapai bahagia itu



ini kisah aku--

menangis meraung meratap pada sesuatu yang tidak tahu puncanya, asalnya
hingga lebam, sembab, bengkak kedua matanya
hanya kerana tidak tahu apa sesuatu itu.

tangis raung terus jerit laung--
kerana sesuatu, kerana rasa yang bertimbun2
tapi tak pula mahu diluah rasa
di pekik keluar jiwanya.
kerana baginya segala sesuatu itu biar saja
kerana baginya tiada siapa mahu pedulikannya
kerana baginya itu tidak ada apa

wahh hebat bertopeng pada wajah molek
tapi bodoh pada diri sendiri
hodoh, jelik pada bayang sendiri

kerana terlalu biarkannya
sampai sendiri jatuh tergolek--
hahh padan lah dengan muka
ambil segala
rasa segala
segalanya

Friday, February 14, 2014

dia itu

dia itu si plastik
dunianya cuma lakonan semata
xpernah ada tarikan daya
yang dia tahu hanya pemantasan sahaja

dia itu xtahu apa
dirinya juga bukan siapa
yang dia tahu tiru gaya
tanpa dia fikir dia bgaimana

dia itu cuma gadis biasa
yang mahu diperhati dan dijaga
tp tiada yang peduli dan mahukannya
terus dia layu dan begitu selamanya


dunia ni xkejam. yang kejam manusia keliling kita yang cuma tahu kata tanpa menilai.

Thursday, February 13, 2014

muhasabahlah diri kita

"yang baju purple, buat abang rasa nak couple"
(-_-)" krik krik krik--

"saya serius ni."
krik krik--

"jom kita couple?"
dan aku kata--

jangan jd macam budak2
selama mana mampu bertahan 'couple' ni?
mahu dibuat apa dgn couple anda?
mahu dijadikan apa dgn couple anda?
mahu ditunjuk apa dgn couple anda?


ye xslh klu suka, tp klu dah suka, suka lah saja. xpyah buat bnde yang org xsuka. tp cik cie xtahu lah kan klu zaman skrg ni org mmg suka tgk org buat bnde yang org xsuka. kan lg elok lg cntik bila 'ajak kahwin' (^_^) xsemestinya kahwin muda ni dianggap gatal atau gelojoh sbab bila kahwin lg bgus. dr buat bnde yang org xsuka kn?

bukan nk cakap yang cik cie ni xpenah buat bnde yang orang xsuka. penah je, tp smpi bila kita nk jijak tempat y sama saja?smpai bila kita begitu? sampai ke tua? atau sampai mati? muhasabahlah diri kita.


Monday, February 10, 2014

kerana

tetiba rasa macam dekat je ngan rumah
pandang tepi nampak rumah
bukak mata macam nampak rumah
rasa keliling ni semua macam suasana rumah

sakit rumah ke apa aku ni padahal baru je blik dr cuti

aigo-aigo!!

klu la masa ni blh di lmbatkan nk je aku lmbatkan biar berada dlm musim cuti lg
xpun biar masa ni cepat sikit sb xsaba nk hbiskn masa kat sini..
tp klu masa tu lmbt sgt boring la kan?
x pn klu masa tu cepat sgt rugi la kn?
yela xda la kenangan nk di kumpulkn--
ye dak?

bila lama sgt cuti..
terbawak2 la rasa ni..
terasa2 lah memori..
rasa x cukup setiap saat hari2..


bkn cuma kerana rasa tp kerana di sini tiada apa2

Thursday, January 23, 2014

cuba

dibenakku terconteng dakwat hitam
cuba kau padamkan derita lampau
cuba ~

cuba kau buangkan kisah silam
cuba ~

dan biar cerita itu tenggelam
biar saja ~

contenganku berceramuk coretannya
cuba kau terangkan apa ada
cuba ~

cuba kau luahkan apa isinya
cuba ~

dan biar kata ini tergendala
biar saja ~

suara sumbang aku biarkan saja
cuba kau rasa apa perit derita
cuba ~

cuba kau lalui jalan suram tak bermaya
cuba ~

dan biar jiwa diragut dilerai nyawa
biar saja ~

p/s :-kalau didlm sudah mati jgn dibiar luaran juga mati
kalau y didgar menyakitkan hati usah dicari kata keji
jalan ditgh mungkin kau berlari usah dikhuatiri jalan y tepi
simpan hatimu usah dibagi bila sudah disedari jgn kau pergi

 biar saja keji dihati mereka, bukan kita..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...