pengikut-pengikut

Monday, April 21, 2014

tentang perasaan

aku tak tahu la nak mula macam mana untuk entri kali ni. tapi disebabkan ada kekacauan emosi dan perasaan, aku rasa aku kena cari tahu apa sebenarnya yang aku kena tahu. jadi ni apa yang aku dpt cari la.

kita sebagai manusia ada macam2 perasaan. eg: suka, sayang, cinta dan byk lagi. ni antara definasi perasaan yang kita ada.

first skali suka
suka akan sesuatu ibarat seperti bila kita jumpa beg lawa, kasut 'kiut' apa saja yang bisa buat kita tertarik.
macam dlm situasi ni

GADIS A : kenapa kau suka dia?
GADIS B : sb dia hensem, kacak

cuba klu kita tgk benda yang tak kiut tak lawa tak hensem, ada dak kita nak tengok lama2? ada dak kita nak beli? nak ushar sampai terkeluar biji mata?. macam tu la perasaan suka (^_^)

tapi kalau SAYANG..

sayang ni macam hampa ada satu benda yang hampa jaga. macam situasi ni

GADIS A : baju tu dah buruk kot. buang je la..
GADIS B : walaupun dia buruk tp ni arwah abang bagi.

macam hampa punya laptop la. hampa nak bagi tak kat orang kalau dlm tu suma ada rahsia hampa? mesti la tak kan? beli sikit punya mahal tetibe nak bagi kat orang. nak pulak, tu satu2 nya laptop hampa ada. dah la tu la satu2 nya sumber hampa nak stalker orang hampa suka. takkan la tak sayang ye dak?

yang terakhir CINTA..

yang ni memang ada yang byk jd bodoh sebab cinta. memang la definasi cinta tu sendiri adalah kesanggupan seseorang itu untuk melakukan apa saja demi cinta tapi takda la sampai nk terjun bangunan tingkat sepuluh sb cinta kena tolak. tolong faham maksud cinta tu sendiri. sebagai contoh ikot apa yang aku baca dari laman sesawang lain maksud cinta tu sendiri :

"Kesanggupan diri untuk buat apa sahaja demi mendapatkan cinta. Menyerahkan diri terhadap apa yang dicinta. Contoh, cinta kepada Maha Pencipta akan menyerahkan diri dan menjadikan diri turut apa sahaja yang perintahkan-Nya." - http://afalihi.blogspot.com

"Cinta juga membawa suatu perasaan yang mendalam terhadap si dia dan kalau boleh mahu hidup semati bersama dengannya." - http://pakarcinta.com

"Cinta itu suci, mahal dan tinggi tarafnya. Sifat cinta itu sempurna. Jika tidak, cinta akan cacat. Itulah cinta sebenar cinta." -http://www.tentangcinta.com

"Menurut Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah dalam bukunya yang bertajuk ‘Cinta dan Rindu Menurut Al-Quran dan As-Sunnah’, beliau menyatakan bahawa pengertian cinta amatlah luas dan mendalam kerana ia berkait rapat dengan hati manusia. Di dalam Islam, cinta terbahagi kepada tiga bahagian. Pertama, cinta kepada Allah dan Rasul, kedua cinta kepada sesama manusia dan makhluk lain dan ketiga, cinta kepada diri sendiri. Melalui penerapan tiga bahagian cinta ini di dalam hati manusia, secara tidak langsung kita dapat mengatasi masalah sosial dan jenayah yang sering berlaku di dunia khususnya di negara kita, Malaysia.

Sesungguhnya, Rasulullah SAW ada menjelaskan bahawa salah satu dari ciri kesempurnaan iman seseorang adalah dia mencintai saudaranya melebihi cintanya pada dirinya sendiri. Daripada Anas bin Malik, Nabi SAW bersabda, “Tidaklah (sempurna) iman seseorang di antara kalian hingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri.” Maka, amat jelas melalui keterangan hadis Nabi SAW bahawa cinta kepada saudara kita sesama Islam harus diamal dan dijiwai dalam diri setiap individu yang bergelar Muslim. Kita tidak boleh menyakiti hati saudara-saudara kita dengan menggunakan jalan kehancuran dan kebinasaan seperti bercakap bohong, fitnah-menfitnah, mengaibkan saudara sendiri dan sebagainya. Tidaklah seseorang itu dianggap seorang Muslim yang sejati andai di dalam hatinya penuh dengan sifat mazmumah dan akhlak yang negatif.

Selain itu, cinta sesama Muslim seharusnya didasarkan kepada Allah Taala semata-mata. Daripada satu hadis yang driwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Nabi SAW bersabda, “Ada seorang mengunjungi saudaranya di desa lain, lalu Allah mengutus seorang malaikat untuk menemui orang itu. Ketika orang tersebut sampai di desa yang dituju, malaikat bertanya, “Mahu ke mana kamu?” Orang itu menjawab, “Aku mahu menjenguk saudaraku di desa ini.” Tanya malaikat selanjutnya, “Apakah dengan mengunjunginya kau memperoleh banyak keuntungan?” Orang itu menjawab, “Tidak, aku hanya mencintainya kerana Allah Azza wa Jalla.” Malaikat itu mengatakan, “Sesungguhnya aku adalah utusan Allah untuk memberitahukan kamu bahawa Allah menyenangimu sebagaimana kamu menyenangi saudaramu kerana Allah.”" -http://www.islamituindah.my

disebabkan hati aku sekarang tengah celaru dgn apa yang aku rasa, aku decide nk cari sesuatu untuk jawapan kepada hati aku jiwa aku rasa aku. setakat yang boleh aku kongsi. aku kongsikan tapi apa yang aku kongsi ni ni dtg dr perkongsian  insan2 sesawang lain. dan aku tak brani nak kata penulisan aku ni betul atau salah. jadi kalau hampa rasa ada yang salah atau yang kurang atau apa saja yang perlu di perbetulkan silalah tinggalkan komen2 yang dpt membantu aku untuk memahami lagi tentang perasaan sebagai seorang manusia. (^_^)v


yang menaip : cikgadis

No comments:

Post a Comment

tiada kata secantik bahasa...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...